|
KATA-KATA ALUAN PENGARAH |
|
Assalamualaikum wbt |
Pertamanya saya mengucap syukur di atas kurniaan Allah SWT serta kepercayaan Kerajaan |
Negeri Terengganu kerana memilih saya untuk menerajui Majlis Sukan Negeri Terengganu. |
Perlantikan ini saya anggap sebagai satu amanah yang besar untuk meneruskan legasi |
pengarah-pengarah terdahulu bagi memastikan Terengganu terus kekal sebagai kuasa |
sukan negara. |
|
|
Beberapa pendekatan baru dalam pembangunan sukan yang selaras dengan keperluan |
sukan masa kini yang semakin kompetitif akan diperkenalkan. Pendekatan-pendekatan ini |
bermatlamat untuk meneruskan kecemerlangan anak-anak negeri dalam bidang sukan |
serta mampu menyerlah di peringkat antarabangsa secara konsisten. |
|
|
Pembangunan sukan di Terengganu juga adalah untuk melahirkan seberapa ramai olimpian |
yang berjaya. Untuk melahirkan olimpian-olimpian ini, persiapan SUKMA kita mesti |
dilaksanakan secara bersepadu, sistematik dan dibantu dengan program-program |
pembangunan yang seimbang serta berani menggunakan kaedah-kaedah saintifik sains |
sukan terkini. |
|
|
Antara pendekatan yang telah dan perlu diambil untuk meneruskan kecemerlangan sukan |
di Terengganu ialah setiap sukan perlu ada hala tuju (master plan) masing-masing yang |
selaras dengan “HALA TUJU PEMBANGUNAN SUKAN 10 TAHUN NEGERI TERENGGANU” tanpa |
mengira sempadan hiraki pentadbiran. Pelan induk ini akan dinilai dari tahun ke |
tahun agar perlaksanaannya berjalan mengikut perancangan dan strategi khusus |
melalui sokongan pentadbiran serta pengurusan yang cekap dengan |
mengurangkan karenah-karenah birokrasi pentadbiran. |
|
|
Kepada semua kakitangan, saya berharap agar kita menerapkan sikap professionalis |
dan amanah dalam kerja-kerja seharian, InsyaAllah setiap matlamat, misi dan visi |
yang dipertanggungjawabkan ke atas kita akan tercapai dan akan berterusan |
walaupun apa jua rintangan mendatang. |
|
|
Akhir kata, terima kasih yang tidak terhingga kepada Kerajaan Negeri Terengganu di bawah |
kepimpinan YAB Menteri Besar yang sentiasa memberi sokongan, dorongan dan |
bantuan secara berterusan di dalam memajukan sukan di negeri ini. |
|
|
Kepada semua kakitangan MSNT pula, marilah kita sama-sama bekerja ke arah |
menterjemahkan slogan “Terengganu Kuasa Sukan Negara” agar ianya sentiasa menjadi |
relevan dalam kemampuan yang ada. |
|
|
Sekian. Terima kasih. |
|
|
Haji Ibni Amin Bin Busu |
|
|