Oleh : Husaif Mamat
KUALA TERENGGANU, 13 Oktober - Persaraan Ibni Amin Busu daripada jawatan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) disifatkan satu kehilangan besar buat penggiat sukan dan atlet di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, persaraan itu akan dirasai warga MSNT berikutan kepakaran, ilmu pengetahuan dan pengalaman luas dimiliki Ibni Amin dalam memimpin atlet Terengganu mencapai beberapa kejayaan cemerlang.
“Saya percaya ramai warga MSNT terutama yang pernah berkhidmat di bawah seliaan Ibni Amin akan merindui keperibadian beliau yang tampak bersahaja tetapi tegas ketika menjalankan tugas.
“Kepakaran, ilmu pengetahuan dan pengalaman luas menyerlahkan aura kepemimpinan beliau, sekali gus membolehkan visi jabatan di bawah pimpinannya dapat dilaksanakan dengan cemerlang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi Urus Setia Penerangan Darul Iman hari ini.
Wan Sukairi berkata, antara kejayaan yang pernah dilakukannya ketika memegang jawatan pengarah MSNT adalah membawa Terengganu menjuarai Sukan Malaysia beberapa tahun berturut-turut.
“Cabaran memang berbeza pada setiap tahun, namun ketika beliau komited dengan tugasan hingga melakar banyak kejayaan buat negeri
“Semasa pentadbiran beliau juga, ramai atlet berprofil tinggi berjaya dilahirkan,” katanya.
Sumber : TRDI
Oleh : Aida Adilah Mat
Kuala Lumpur: Bekas ratu pecut berbasikal negara, Fatehah Mustapa mempunyai misi besar iaitu melahirkan lebih ramai atlet berbasikal wanita negara yang mampu menyerlah di peringkat tertinggi iaitu Olimpik.
Beliau kini dipertanggungjawabkan sebagai pembantu kepada Ketua Jurulatih Program Pelapis Kebangsaan Soud Hussain yang akan menjelajah keseluruhan negara untuk mencari bakat baru dalam sukan itu.
Justeru Olimpian negara itu mencabar pelajar perempuan yang berusia 13 hingga 15 tahun untuk menyertai Program Pencarian Bakat bagi sukan berbasikal negara di bawah program pelapis untuk mencuba nasib.
"Syukur MSN (Majlis Sukan Negara) masih percaya pada saya. Tanggungjawab saya kini lebih besar iaitu mencari pelumba baru sebagai pengganti saya.
"Ini akan menjadi pembakar semangat dan cabaran buat saya untuk mendapatkan pelumba bertaraf dunia dan mungkin lebih baik daripada saya seterusnya menjadi atlet berbasikal wanita negara yang pertama membawa pulang pingat di Olimpik," katanya.
Kemampuan Fatehah sebagai pelumba tidak dapat dinafikan dan hingga kini masih belum ada mana-mana pelumba wanita negara melakarkan kejayaan sepertinya selepas memutuskan untuk meninggalkan kerjayanya sebagai atlet dan memilih untuk bersara pada usianya 31 tahun.
11 tahun berkelana di Melborune, Fatehah adalah pelumba wanita pertama negara yang pernah beraksi di pentas Olimpik London dalam acara keirin dan acara pecut di Olimpik Rio.
Aksinya turut mencuri tumpuan apabila meraih gangsa dalam acara pecut di Sukan Komanwel Glasgow selepas tewas kepada Jass Varnish.
Ketika ini masih tiada pelumba yang boleh menandingi kejayaan Fatehah yang pernah muncul juara Asia selepas meraih emas dalam acara pecut di New Delhi pada 2013 sehingga digelar ratu trek negara.
"Jika saya boleh kenapa anda tidak. Ini adalah peluang untuk anda mencuba dan bergelar atlet negara. Ia adalah batu loncatan bagi atlet remaja ini ke program elit nanti.
"Pada usia saya 14 tahun saya sudah belajar berdikari. Pada umur 18 tahun saya dipilih untuk menjalani latihan di Australia. Saya belajar menjadi kuat. Ibu bapa di luar sana tidak perlu bimbang kerana akan ada pihak yang akan menguasai anak-anak anda," katanya.
Sumber : MYMETRO
Oleh : Fakrusy Syakirin Ahmad Sabri
KUALA NERUS, 29 September - Kerjasama antara kerajaan negeri, Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan badan persatuan sukan dalam pemantapan sektor sukan negeri mampu menjadi contoh kepada negeri lain.
Pesuruhjaya Sukan Malaysia, Dr. Wirdati Md Radzi menyatakan rasa kagum dan bangga terhadap komitmen persatuan-persatuan sukan negeri dan MSNT dalam memperkasakan pembangunan sukan negeri.
“MSNT membuka ruang jalan dalam pemantapan kerjasama pendidikan sukan. Kerjasama rapat antara persatuan sukan negeri bersama IPTA di Terengganu seperti Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) merupakan kolaborasi pertama kali yang saya lihat.
“Bentuk kerjasama ini boleh menjadikan Terengganu sebagai ‘role model’ atau contoh kepada negeri lain. Ini kerana usaha sebegini sedang dirancang pihak kami tetapi ia sudah wujud di Terengganu.
“Kolaborasi ini perlu dikekalkan dari segi momentumnya supaya peningkatan kemahiran dan pengetahuan pengurusan sukan dapat membantu dalam memantapkan sektor tersebut," ulasnya.
Beliau berkata demikian semasa ditemubual pemberita selepas Majlis Penutup Seminar Tadbir Urus Badan Sukan Yang Cekap Dan Berkesan Negeri Terengganu di Dewan Auditorium 1, Stadium Tertutup Negeri Terengganu, Gong Badak, petang semalam.
Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Hishamuddin Abdul Karim, Timbalan Pengarah MSNT, Ahmad Shahrizal Yahya, Ketua Penolong Pesuruhjaya Sukan, Siti Nazariah Abd Razak dan Penolong Pengarah MSNT, Nasree Najmi.
Seminar tersebut melibatkan lebih 100 kakitangan daripada 40 persatuan sukan negeri, semua majlis sukan daerah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBSNT) dan Urusetia Belia dan Sukan Negeri Terengganu (UBSNT).
Sementara itu, Hishamuddin berkata, seminar itu merupakan sambungan daripada tahun-tahun lepas sebagai tanda pengiktirafan kepada sektor sukan Negeri Terengganu. MSNT terus memainkan peranan penting dalam meningkatkan kecekapan tadbir urus sejajar dengan ‘roadmap’ tahun 2030 yang dirangka.
“Agenda individu serta pertelingkahan perlu diketepikan atau diselesaikan. Kita perlu mengutamakan sifat kebersamaan supaya mencapai objektif serta pembangunan sektor sukan negeri.
“Kita boleh berbangga dengan sukan basikal, layar dan seumpamanya, tetapi kita juga ingin terus melakar kejayaan dan kecemerlangan dalam bidang sukan lain bersama anak-anak Terengganu,” katanya.
Sumber : TRDI.MY
SKUAD berbasikal Terengganu tekad mahu mengekalkan kuasa dalam sukan itu pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2020 yang bakal berlangsung di Johor tahun depan.
Impian itu berdasarkan majoriti pelumba adalah terdiri daripada mereka yang pernah mengutip pingat pada pentas Sukma edisi ke-19 di Perak pada 2018.
Ketua jurulatih, Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan berkata, bagi memastikan impian itu tercapai, skuad Terengganu bakal menjelajah ke seluruh pelosok negara pada bulan depan untuk memperkasakan lagi pasukan.
"Kita akan mengadakan kem jelajah pada 4 hingga 16 Ogos depan yang akan bermula di Terengganu-Kuantan- Mersing-Melaka-Nilai-Cameron Highlands-Gua Musang-Tanah Merah-Kota Bharu-Terengganu dalam purata jarak 2,500 kilometer (km).
"Latihan itu bagi memantapkan lagi pelumba dalam misi kita untuk mengungguli pingat sebagai mana edisi terdahulu," katanya ketika ditemui selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Pasukan Berbasikal Sukma Terengganu 2020 di Duyung, petang semalam.
Pada majlis itu Persatuan Lumba Basikal Terengganu menerima wang tunai sebanyak RM20,000 yang disumbang Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Ahmad Amzad Hashim dan RM5,000 daripada Majlis Daerah Kemaman.
Antara pelumba yang bakal mengibar cabaran Terengganu termasuk pelumba daripada Pasukan Terengganu Inc TSG Cycling Team ( TSG), Wan Abdul Rahman Hamdan serta empat pelumba daripada Akademi TSG iaitu Muhammad Ariff Redzuan Zulkefli, Muhammad Nasrullah Zakaria, Wan Muhammad Hamizan Ifwat Wan Badrul Fadli dan Zulfadli Iswadi Zainal.
Berdasarkan rekod skuad berbasikal Terengganu yang turut dibimbing sembilan lagi jurulatih adalah juara Sukma sebanyak lapan edisi berturut-turut bermula di Kedah pada 2006 dengan mengutip enam emas diikuti 2008 di Terengganu (10 emas).
Sumber hmetro
EPISOD duka gagal merangkul pingat emas dalam temasya Sukan Malaysia (Sukma) di Perak dua tahun lalu diharap tidak kembali berulang sebaliknya skuad ragbi lelaki Terengganu yang tampil lebih perkasa bertekad melakar kilauan emas dalam temasya edisi ke-20 itu yang bakal berlangsung di Johor bermula 6 hingga 14 Mac tahun depan.
Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu (PRNT), Amir Amri Mohamad berkata, sasaran itu mampu dicapai berdasarkan keupayaan pemain selain persediaan rapi pasukan sejak dua tahun lalu.
Katanya, kejayaan skuad senior dalam saingan Piala Agong buat kali pertama dalam sejarah dan Kejohanan 7 Sepasukan Kebangsaan musim lalu juga bakal menyuntik semangat pemain Sukma untuk meraih kejayaan membanggakan pada temasya itu tahun depan.
"Kelebihan sebahagian besar pemain yang merangkul pingat perak pada temasya Sukma dua tahun lalu juga menjadi peluang terbaik buat skuad ragbi lelaki untuk mencipta kejayaan ketiga merangkul pingat emas.
"Kita sasarkan pingat emas buat pasukan lelaki manakala pingat gangsa bagi skuad wanita, kita percaya dan yakin sasaran itu bakal tercapai berdasarkan keupayaan pemain selain persediaan rapi pasukan yang dibimbing jurulatih berpengalaman," ujarnya.
Pasukan ragbi lelaki kini dibimbing Izaimi Zainuddin manakala jurulatih pasukan wanita diketuai bekas pelatih skuad ragbi kebangsaan Sukan Asia 2018, Muhammad Haikal Ibrahim.
Berdasarkan rekod, skuad lelaki pernah merangkul dua kali pingat emas pada temasya Sukma 2008 menumpaskan Negeri Sembilan dan 2010 menundukkan Johor manakala Sukma 2018, skuad bimbingan Izaimi tewas 19-0 pada final kepada Kelantan.
Amir berkata, bagi memastikan Terengganu tidak ketandusan jurulatih dan pengadil berkaliber, PRNT akan mengadakan kursus pengadilan dan kejurulatihan pada akhir bulan depan.
"Selain itu kita juga akan mewujudkan lebih banyak akademi ragbi khususnya di sekolah, setakat ini kita sudah ada akademi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman Kuala Terengganu, SMK Tok Dor Besut dan Sekolah Kebangsaan Banggol Katong Kuala Terengganu," katanya.
Sumber Metro
KUALA TERENGGANU, 19 Julai -- Kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Penasihat Sukan, sedang merangka satu pelan program yang sesuai untuk bekas-bekas atlet, yang akan memasuki alam persaraan.
Bagaimanapun Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, ia masih di peringkat awal dan mengambil masa untuk disiapkan, kerana perlu kepada kertas cadangan serta penelitian daripada pakar-pakar, dalam jawatankuasa berkenaan.
“Saya telah bermesyuarat dengan ahli jawatankuasa penasihat sukan negeri, yang terdiri daripada pakar-pakar seperti bekas Pesuruhjaya Sukan Datuk Zaiton Othman, pada minggu lepas dan minta mereka sediakan pelan cadangan program, sesuai untuk bekas atlet sebagai persediaan menempuh alam persaraan.
“Insya-Allah selepas dapat cadangan, kita akan perhalusi dan bentangkan program tersebut. Sama ada mereka (bekas atlet) mahu terima atau tidak, terpulang pada diri masing-masing,” katanya pada sidang media, selepas majlis meraikan kemenangan skuad ragbi Piala Agong dan skuad ragbi 7 sepasukan kebangsaan negeri Terengganu 2019, di sini malam tadi.
Pada majlis itu Wan Sukairi menyampaikan insentif kemenangan sebanyak RM150,000, sebagai galakan untuk kedua-dua pasukan terus mencipta kejayaan pada masa depan.
Turut hadir Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu merangkap Timbalan Presiden Kesatuan Ragbi Kebangsaan Amir Amri Mohamad.
Mengulas lanjut Wan Sukairi berkata, penyediaan pelan itu juga penting sebagai alternatif kepada bekas atlet, selain bidang kejurulatihan yang ruang lingkup serta peluangnya agak terhad, di negara ini.
“Bukan semua bekas atlet akan pergi kepada dunia kejurulatihan, kerana peluangnya agak terhad bagi semua jenis sukan.
“Jadi menjadi tanggungjawab kerajaan negeri, untuk menyediakan pelan ini dan keutamaan adalah kepada bekas atlet berasal dari Terengganu, yang telah berjasa mengharum dan mengangkat nama negeri,” katanya.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 16 Julai -- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini melanjutkan tarikh tutup permohonan Inisiatif Prihatin Sukan 2020 sehingga 15 Ogos depan dalam usaha membantu penggiat sukan yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
KBS dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa 248 permohonan diterima sejak inisiatif itu dilancarkan pada 17 Jun lepas dan ia sepatutnya ditutup esok.
Inisiatif itu merangkumi Bantuan Pengurusan Persatuan Sukan Kebangsaan; Bantuan Menjalankan Program dan Aktiviti; dan Bantuan Program Pendigitalan, Pengkomersialan serta Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).
Inisiatif itu merupakan langkah proaktif KBS bagi membantu penggiat sukan negara terutamanya dalam kalangan persatuan-persatuan sukan tanah air yang berdaftar di bawah Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) dengan peruntukan RM10 juta.
KBS berharap lanjutan tarikh tutup permohonan ini akan dimanfaatkan sepenuhnya persatuan-persatuan sukan, seterusnya memberikan sinergi baharu pembangunan sukan pasca Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Oleh : Malik Muhamad
ISU perpindahan bekas tekong negara, Zulkifli Abd Razak bersama pasukan Kelantan Warriors akhirnya terlerai apabila pemain itu sah menjadi milik skuad Terengganu Turtles dalam mengharungi saingan Liga Sepaktakraw Malaysia (STL) yang dijadualkan bermula pada 2 September ini.
Pengesahan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah yang mengakui sudah mencapai kata sepakat dengan pemain kelahiran Terengganu itu.
Beliau juga turut akui pihak pengurusan Kelantan Warriors juga sudah bersetuju dan akur selepas pemain itu tidak dilepaskan bermain dengan pasukan itu musim ini.
"Alhamdulillah semuanya sudah selesai dan pemain itu sah menjadi milik Terengganu selepas persetujuan dicapai antara kedua-dua belah pihak selain pihak pengurusan Kelantan Warriors.
"Lagipun pemain itu memaklumkan berminat beraksi bersama dengan Terengganu dan dalam masa sama Persatuan Sepaktakraw Negeri Terengganu (PSNT) juga berminat untuk mendapatkan khidmat pemain itu, jadi sekarang isu dia berpindah ke Kelantan tidak timbul lagi," kata Wan Sukairi.
Ketika ditanya punca pemain yang lebih mesra dipanggil Sobey itu menerima tawaran Kelantan Warriors sebelum ini, Wan Sukairi enggan mengulas lebih lanjut sebaliknya menjelaskan pemain itu sudah meletakkan syarat jika pasukan berkenaan mahu dapatkan khidmatnya musim ini.
"Pemain itu memberikan syarat persatuan itu perlu berhubung dengan PSNT terlebih dahulu selain perlu mendapatkan pelepasan daripada majikannya jika berminat mendapatkan khidmatnya," katanya.
Semalam, jurulatih Terengganu Turtles, Mohd Futra Abdul Ghani akui terkejut selepas mendapat perkhabaran pemain berkenaan yang sudah didaftarkan beraksi bersama pasukannya menerima tawaran daripada Kelantan Warriors.
Sumber : MYMETRO
Oleh : Malik Muhamad
KUALA TERENGGANU: Jurulatih pasukan sepak takraw Terengganu Turtles, Mohd Futra Abdul Ghani mengaku terkejut dengan tindakan bekas tekong negara, Zulkifli Razak yang menerima tawaran daripada pasukan Kelantan Warriors dalam saingan Liga Sepaktakraw Malaysia (STL) musim ini.
Menurut Futra pada masa sama dia juga sudah mendaftar pemain kelahiran Terengganu itu untuk beraksi dalam saingan liga berprestij dalam negara yang bakal berlangsung pada 2 September ini.
"Saya terkejut bila dimaklumkan pemain itu menerima tawaran daripada pasukan Kelantan Warriors kerana pada masa sama kita juga sudah mendaftar pemain itu untuk beraksi bersama kita musim ini.
Jurulatih pasukan sepak takraw Terengganu, Mohd Futra Abdul Ghani (tengah) harap bekas tekong negara, Zulkifli Razak perkuat Terengganu musim ini. - Foto Ihsan Mohd Futra Abdul Ghani
"Saya tidak mahu komen lebih-lebih, dalam hal ini saya juga menanti apa reaksi seterusnya daripada pihak persatuan supaya tidak ada percanggahan maklumat.
"Apa yang boleh saya perkatakan adalah saya mengharapkan kes ini dapat diselesaikan dengan baik dan profesional demi karier pemain itu dan juga mengelak kekeruhan antara kedua-dua persatuan sepak takraw negeri," kata Futra.
Bekas perejam emas kebangsaan itu berkata, pengalaman Zulkifli di pentas antarabangsa ditagih dalam memacu kejayaan pasukan yang dibimbingnya musim ini.
"Sebagai jurulatih kami mahu pengalamannya yang pernah membawa negara mengutip pingat emas bermain dengan pasukan Terengganu Turtles musim ini memandangkan dia bekerja dengan kerajaan negeri Terengganu.
"Jadi sekurang-kurangnya pengalaman Sobey (panggilan mesra untuk Zulkifli) itu dapat membantu Terengganu mencipta kejayaan pada tahun ini selepas sedikit suram pada musim lalu," katanya.
Pada Jun tahun lalu, Sobey dan Mohd Syahir Rosdi menerima perkhabaran duka apabila digantung oleh Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) selama sembilan bulan - selepas membuat rayuan berbanding hukuman asal dua tahun.
Mereka digantung atas alasan disiplin dan dilarang beraksi dalam kejohanan atau pertandingan sepak takraw sama ada dalam dan luar negara kecuali mewakili kelab dan majikannya.
Bagaimanapun gandingan yang pernah membantu skuad negara muncul juara selepas menamatkan penantian selama 24 tahun dalam Sukan Asia itu menafikan dakwaan berkenaan.
Sumber : BERITA HARIAN
Oleh : Malik Muhamad
Presiden Persatuan Gimnastik Negeri Terengganu, Abdul Razak Mat Amin berkata, sasaran itu dilihat mampu dicapai memandangkan atlet menjalani latihan persediaan sejak dua tahun lalu selepas tamatnya penganjuran Sukma Perak 2018.
Beliau berkata, kelebihan sebahagian besar atlet senior yang masih layak untuk beraksi di Johor dalam temasya dwitahunan itu juga menjadi satu peluang yang baik buat Terengganu.
"Sasaran kita adalah tiga pingat emas, ketika Sukma dua tahun lalu, sasaran kami sama juga cuma kecederaan ketika pertandingan akhir menghalang kami capai sasaran di saat akhir.
"Insya Allah pada kali ini kami yakin mampu untuk capai sasaran, lagipun kini atlet semakin matang dan terdapat atlet kami berlatih bersama atlet kebangsaan," katanya.
Beliau berkata, selepas program latihan berpusat terhenti berikutan pandemik Covid-19, skuad bawah kendalian ketua jurulatih, Ahmad Akramin Othman kini kembali menyambung rutin latihan dalam suasana normal baharu sejak 15 Jun lalu.
"Dua tahun lalu kami hanya berjaya mengutip satu perak berbanding tiga emas Sukma di Sarawak pada 2016, jadi temasya di Johor nanti atlet mahu menebus kembali sasaran itu," katanya ketika ditemui pada majlis meraikan skuad gimnastik negeri bersama bapa angkat pasukan ini di Pejabat Daerah dan Tanah Marang semalam.
Turut hadir Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak, Timbalan Ketua Kontinjen, Ab. Rasid Jusoh dan Pengarah Majlis Sukan Negeri MSNT, Ibni Amin Busu.
Pada majlis ini juga turut disampaikan sumbangan bernilai RM2,000 bagi membantu persiapan pasukan gimnastik negeri.
Sumber : MyMetro
Oleh : Ferzalfie Fauzi
BERLATIH dan terus berlatih tanpa sebarang kejohanan tidak mengganggu mental jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang malah dia mengakui bersikap tenang dan menuruti segala perancangan jurulatih, John Beasley.
Menurut juara dunia 2017 itu, mereka hanya kekal tenang dan mengikut situasi semasa walaupun kebanyakan perlumbaan trek sepanjang Julai serta Ogos hanya membabitkan kejohanan kebangsaan di beberapa negara.
"Memang kita tidak boleh berbuat apa-apa sekarang. Hanya mengubahsuai sedikit corak latihan berdasarkan perubahan yang berlaku di sekeliling.
Momentum pun tidak terjejas kerana paling penting kami masih lagi boleh menggunakan velodrom," katanya ketika dihubungi Arena Metro.
Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016 itu mengakui jika tidak dapat menggunakan velodrom mungkin ia sedikit akan mengganggu latihan mereka.
Selepas kembali normal, Melbourne terpaksa mengetatkan kembali perintah berkurung bermula minggu lalu apabila jumlah kes Covid-19 meningkat.
Setakat ini, skuad trek negara yang berpangkalan di sana sudah tiga minggu berlatih di velodrom dan hanya sekali melakukan latihan kecergasan di gimnasium Sabtu lalu, namun sekarang mereka tidak boleh lagi berlatih di lokasi berkenaan.
"Isu mudarat akibat terlebih latihan tanpa sebarang kejohanan juga bukan satu masalah buat kami kerana Beasley sudah dari awal melakukan struktur serta perancangan latihan yang bersesuaian.
"Selepas disahkan Olimpik ditunda, Beasley memang melakukan perubahan kepada program latihan dan kami hanya mengikut perancangan baru itu.
"Kita punya misi adalah masih fokus kepada Olimpik tahun depan kecuali kalau temasya itu dibatalkan. Itu sebab pentingnya latihan betul agar ia tidak memudaratkan kami. Kami juga harus memahaminya dengan lebih mendalam ketika berlatih," katanya.
Sumber : MyMetro
Oleh: Wan Luqman Hakim
KUALA TERENGGANU, 16 Jun- Anak muda Kampung Bukit Putera, Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff yang berjaya meraih jersi raja bukit (Jersi merah) pada perlumbaan PETRONAS Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 lalu, menerima hadiah sebanyak RM10, 000 diatas kejayaannya.
Pada Februari lalu, bekas pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) berusia 23 tahun ini muncul pelumba kebangsaan pertama bergelar raja bukit dalam pentas LTdL selepas negara menanti sejak 24 tahun lalu bermula edisi sulung pada 1996.
Pengerusi Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kejayaan Aiman perlu dijadikan contoh dorongan dan juga semangat kepada rakyat Terengganu yang lain untuk mencipta sejarah dalam kehidupan mereka.
"Walaupun beliau meraih kejayaan ketika menyarung jersi SAPURA, tetapi atas nama anak Terengganu kita tetap merasa bangga dengannya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan hadiah kepada atlet berkenaan di kediamannya di Setiu, baru-baru ini.
Kunjungan bersama dengan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) itu merupakan sebahagian program menyatuni atlet harapan Terengganu yang mengharumkan nama negeri dan juga Negara.
Sumber : TEGANUKITA
Oleh: Wan Luqman Hakim
KUALA TERENGGANU, 15 Jun - Setelah pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
(PKPP) sejak 10 Jun baru-baru ini, atlet Sukan Malaysia (SUKMA) Terengganu telah kembali memulakan latihan.
Pengerusi Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pihak Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) telah menjadualkan latihan-latihan mereka mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang dibenarkan oleh pihak kerajaan.
"Sebelum daripada ini, latihan secara individu terus berjalan semenjak PKP dan PKP Bersyarat lagi, jurulatih menggunakan kaedah yang sesuai dengan mereka yang berada di rumah di mana mereka perlu menghantar video latihan mereka.
“Bagi aktiviti sukan yang melibatkan kanak-kanak atau pun dewasa pula, seperti yang telah diumumkan, telah pun dibenarkan tetapi penganjuran sukan masih lagi ditangguhkan. Secara umumnya, aktiviti sukan telah pun dibenarkan dengan masih mengekalkan SOP sedia ada," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) sewaktu menghadiri perasmian pembukaan pejabat baru Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim di sini semalam.
Sumber : TEGANUKITA
Oleh : Malik Muhamad
Foto : Aswadi Alias
KUALA TERENGGANU: Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) tidak akan berkompromi dengan mana-mana atlet yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) ketika menjalani latihan di luar rumah.
Mengumumkan perkara itu di sini, Pengarahnya, Ibni Amin Busu berkata, tindakan tegas itu termasuk tidak membenarkan mereka meneruskan sesi latihan di luar selepas ini.
"Kita tahu risiko berkaitan penularan wabak pandemik COVID-19 ini amat tinggi jika atlet tidak mematuhi garis panduan yang ditetapkan kerana wabak ini boleh mengancam nyawa manusia.
"Kita tidak akan berdiam diri dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya jika mereka gagal mematuhi SOP. Lagipun langkah keselamatan ini sudah kami maklumkan kepada atlet termasuk jurulatih bagi mengelak berlakunya perkara yang tidak diingini kerana negara masih berdepan wabak pandemik COVID-19.
"Bagaimanapun, setakat ini kami puji atlet termasuk jurulatih kerana mereka sentiasa berdisiplin dalam misi menggalas tugas Terengganu untuk mempertahankan gelaran juara keseluruhan dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2020 di Johor Mac tahun depan," katanya.
Ibni Amin berkata setakat ini hanya sukan berbasikal sahaja sudah menjalani latihan di luar rumah manakala sukan lain yang tidak membabitkan perhimpunan dan sentuhan bakal menyusul selepas sambutan Aidilfitri dengan SOP yang ketat.
"Selepas Aidilfitri nanti, kita akan bentangkan kertas kerja dan garis panduan latihan lengkap bagi setiap sukan untuk kelulusan Jabatan Kesihatan Negeri terlebih dahulu sebelum rancangan latihan di tempat terbuka ini dijalankan.
"Buat masa ini semua sukan masih lagi berlatih dari rumah kecuali basikal. Basikal mula berkayuh kerana dalam garis paduan kementerian membenarkan bergantung kepada had bilangan tidak lebih daripada 10 orang," katanya.
Sumber : BERITA HARIAN
Oleh : Malik Muhamad
Foto : Mohd Syafiq Ridzuan Ambak
KUALA TERENGGANU: Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ibni Amin Busu tidak mahu warga sukan di negeri ini menjadi punca kepada kegagalan rantaian virus pandemik COVID-19 diputuskan.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan atlet negeri ini khususnya kontinjen Sukan Malaysia (SUKMA) supaya mengikut prosedur operasi standard (SOP) walaupun kerajaan sudah memberi membenarkan latihan di luar rumah bagi sukan tertentu yang tidak membabitkan permainan perhimpunan dan sentuhan.
Beliau bagaimanapun mengakui, setakat ini MSNT belum lagi membuat arahan secara rasmi dan mengeluarkan garis panduan berhubung perkara itu bagi membenarkan sukan yang boleh berlatih di luar rumah.
Ibni Amin berkata MSNT akan mengeluarkan arahan secara rasmi selepas mendapat SOP daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
"Namun begitu latihan di rumah tidak akan terhenti sebaliknya berjalan seperti biasa mengikut jadual yang sudah dirancang.
"Sekarang kita belum lagi keluar arahan bagi sukan-sukan yang boleh berlatih di luar untuk memulakan latihan secara rasmi lagi. Jika ada ianya adalah daripada inisiatif jurulatihnya sendiri.
"Kita akan memberi arahan rasmi selepas mendapat SOP setiap sukan daripada KBS melalui Majlis Sukan Negara (MSN) terlebih dahulu yang saya difahamkan dalam peringkat persiapan akhir. Kemudian baharu kita akan berikan arahan secara rasmi kepada sukan-sukan yang dibenarkan.
"Namun begitu latihan persendirian tetap diteruskan dari rumah masing-masing," katanya.
Sumber : BERITA HARIAN
Oleh : Mohd Irsyadi Abu Bakar
KUALA TERENGGANU, 30 Mac - Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) mengambil inisiatif membantu atlet-atlet di bawah naungannya dengan sumbangan berupa pek barangan keperluan harian dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah menyatakan, sumbangan tersebut disampaikan kepada seramai 120 atlet dan 42 kakitangan MSNT di daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.
“Hari ini kita menyampaikan sumbangan yang merupakan inisiatif MSNT untuk membantu atlet kepada sebahagian mereka, mudah-mudahan dapat ringankan bebanan sepanjang tempoh PKP yang sedang berlangsung ini,” katanya.
![]() |
Wan Sukairi puji inisiatif MSNT. |
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyerahan ringkas yang turut dihadiri Pengarah MSNT, Ibni Amin Busu di pejabat MSNT, hari ini.
Jelasnya, sumbangan itu akan turut disalurkan secara berperingkat kepada atlet-atlet di daerah lain.
Wan Sukairi turut memuji inisiatif pemantauan menggunakan video yang dilaksakan MSNT dalam mempersiapkan atlet untuk Sukan Malaysia (SUKMA) 2020 yang masih ditangguhkan berikutan penularan wabak Covid-19.
“Ia satu kaedah yang cukup baik, walau dalam keterbatasan kita masih mampu mengaktifkan atlet pada kadar paling minima dan sedikit sebanyak membantu para atlet berada dalam keadaan siap siaga sentiasa,” katanya.
Sumber : TEGANUKITA
Oleh : Suriati Ali
Sumber : TEGANUKITA
Oleh : Mastura Jamal Din
Sumber : TEGANUKITA
Oleh : Husaif Mamat
SETIU, 7 Mac - Seramai 79 peserta dari dalam dan luar negeri mewarnai kejohanan kuda lasak Piala Menteri Besar Terengganu 2020 di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP) di Lembah Bidong, Setiu yang bermula petang tadi.
Kejohanan edisi keempat itu disertai peserta lelaki dan wanita termasuk dua pelumba handalan kebangsaan berasal dari Terengganu, Mohammad Fuad Hashim dan Azizatul Asma Datuk Abdullah.
Perlumbaan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu sejauh 40 kilometer (km), 80 km serta 100 km dijangka mengambil masa antara enam hingga 12 jam dan akan berakhir pada jam 5 pagi esok.
Majlis pelepasan peserta bagi tiga acara berkenaan disempurnakan sendiri Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar tepat jam 5.00 petang tadi.
![]() |
Ahmad Samsuri melepaskan peserta. |
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah dan Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Sementara itu, Mohammad Fuad yang memakai jersi 21 pastinya bertekad mahu memperbaiki catatan musim lalu.
Mohammad Fuad yang juga atlet Sukan SEA negara menyertai kategori CEI 1* 100 km dijangka bakal ditentang hebat rakan senegaranya, Azizatul Asma yang menunggang kuda diberi nama Mora Franka.
Kejohanan kali ini turut mencuri tumpuan peminat apabila peserta termuda, Farish Iskandar Mohammad Iskandar akan membuat perhitungan dalam kategori CEN 40 km.
Acara penyampaian hadiah akan berlangsung pagi esok dan Ahmad Samsuri dijangka hadir bagi menyempurnakan majlis tersebut.
Sumber : TEGANUKITA
Oleh: Rohayati Ripin
![]() |
Dato' Yahaya Ali. |
Oleh : Mastura Jamal Din
KUALA NERUS, 28 Februari - Terengganu Kids Champ 2020 berjaya mengukir sejarah apabila menghimpunkan hampir 1,500 kanak-kanak pra sekolah dari seluruh daerah dan agensi di bawah satu bumbung melalui acara sukan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata acara yang akan berlangsung selama dua hari juga merupakan program julung-julung kali menghimpunkan semua agensi pra sekolah secara bersama.
Katanya, ia melibatkan semua agensi pra sekolah iaitu Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), Perpaduan dan Jabatan Pendidikan Negeri bersama-sama Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT).
"Saya difahamkan matlamat utama program ini bukanlah berbentuk perlawanan antara peserta tetapi lebih kepada menarik minat anank-anak untuk mencuba sukan-sukan tertentu seperti hoki, bola sepak, bola jaring, bowling padang dan sepak takraw.
"Dalam masa yang sama, saya dimaklumkan bahawa rekod penyertaan dan pencapaian anak-anak ini akan disimpan dalam pengkalan data MSNT untuk dijejaki perkembangan mereka pada masa akan datang," katanya.
Beliau berkata demikian di Majlis Perasmian Terengganu Kids Champ 2020 Peringkat Negeri Terengganu di Kompleks Sukan Negeri, Stadium Gong Badak di sini hari ini.
Turut hadir, Timbalan Pengarah MSNT, Ahmad Shahrizal Yahaya dan Ketua Unit Akademi MSNT merangkap Penyelaras Program, Mat Noor Bidin.
Tambah Dr Alias lagi, beliau berharap melalui program yang diadakan ini, akan berjaya melahirkan nama-nama besar dalam bidang sukan pada masa akan datang.
Justeru itu, kerajaan negeri sentiasa mengadakan program-program yang bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat di samping menggalakkan masyarakat di Terengganu untuk menceburi bidang sukan secara serius.
Sumber : TEGANUKITA
Beliau yang juga ADUN Wakaf Mempelam berkata sekiranya Terengganu mempunyai ramai atlet muda SUKMA cemerlang di peringkat antarabangsa, sudah tentu untuk menjuarai sukan tersebut tidak lagi menjadi masalah rumit.
Oleh : Zuraimee Zainal
SKUAD ragbi Terengganu mendedikasikan kejuaraan Piala Agong yang dimenangi kepada seluruh rakyat negeri itu selepas menewaskan penyandang juara Sabah 26-24 pada aksi final di Stadium Universiti Putra Malaysia (UPM), baru-baru ini.
Pengurus skuad ragbi Terengganu, Che Mohd Zulkarnain Abdul Wahab mengakui kemenangan bersejarah itu tidak akan dicapai tanpa komitmen pemain, jurulatih, pengurusan dan sokongan padu rakyat negeri berkenaan.
“Alhamdulillah semuanya rezeki ALLAH SWT selepas tujuh tahun kami mencuba pada pertandingan ragbi Piala Agong.
“Ini kali ketiga Terengganu layak ke final dalam tempoh tujuh tahun. Sebelum ini pada 2014 kami tewas kepada Sabah, 2017 kami tewas kepada Johor dan tahun ini kami berjaya melunaskan dendam dengan menewaskan Sabah,” katanya.
Pada masa sama Che Mohd Zulkarnain mendedikasikan kemenangan itu kepada penaung Persatuan Ragbi Negeri Terengganu (PRNT), Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin dan kerajaan Terengganu yang sentiasa memberi sokongan padu kepada kemajuan skuad ragbi negeri berkenaan.
Mengulas lanjut Che Mohd Zulkarnain juga memuji karakter dipamerkan pemain-pemain Terengganu yang tidak memandang rendah keupayaan Sabah bimbingan Bradley Moni Mika itu selain mengikuti setiap arahan jurulatih, Izaimi Zainuddin sepanjang kejohanan itu.
Menurutnya, semangat kerjasama berpasukan dalam kalangan pemain-pemain juga menjadi tunjang kekuatan pasukan berkenaan pada kali ini.
“Kami sudah membentuk keserasian sekian lama, ada dalam kalangan pemain-pemain sudah bersama sampai lima tahun.
“Selain itu kami memanfaatkan sepenuhnya tempoh empat rehat sebelum peringkat kalah mati bagi memperbaiki kelemahan pasukan pada peringkat kumpulan sebelum ini,” katanya.
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Sumber : SINAR HARIAN
Oleh Husaif Mamat
![]() |
MoU antara MSNT dan TATIUC bagi membangunkan sukan serta atlet di Terengganu. |
![]() |
Ahmad Samsuri mahu setiap atlet Terengganu cemerlang dalam sukan dan pendidikan. |
Oleh : Suhaimi Taib
![]() |
Steven Sim Chee Keong. |
"Tender dibuat bulan ini dan prosesnya sudah dimulakan, kita (kerajaan) harap menjelang bulan Disember tahun ini, kerja-kerja pembinaan boleh dimulakan dan dalam masa dua tahun lagi projek itu dijangka siap.
![]() |
||
Ustaz Wan Sukairi (kiri) dan Steven Sim (dua dari kanan) beriringan menuju ke pentas pelepasan pelumba basikal antarabangsa 'The Inaugural Tour of Peninsular (ToP)' di Dungun hari ini. |
![]() |
Ustaz Wan Sukairi (tengah kiri) dan Steven Sim (tengah kanan) melepaskan pelumba basikal antarabangsa 'The Inaugural Tour of Peninsular (ToP)' di Dungun hari ini. |
![]() |
Abdul Wafiy (kanan) menerima hadiah sebagai Olahragawan SUTERA 2019 dari Ustaz Wan Sukairi (dua dari kiri). |
![]() |
Ezzati Fifiyana Shazwanie (kanan) menerima hadiah sebagai Olahragawati SUTERA 2019 dari Ustaz Wan Sukairi (dua dari kiri). |
Sumber: teganukita.net
KUALA NERUS, 10 September - Kerajaan negeri meletakkan sasaran antara 60 hingga 70 peratus aktiviti sukan patuh syariah di negeri Terengganu di masa akan datang.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata, beliau percaya untuk mencapai seratus peratus kesempurnaan, amalan tersebut agak sukar namun tidak mustahil target berkenaan boleh dicapai.
"Oleh kerana kita berusaha untuk patuh syariah dalam aktiviti sukan walaupun tidak mencapai seratus peratus, paling tidak, kita dapat mencapai 60 hingga 70 peratus.
"Itu adalah satu perkembangan yang sangat positif untuk kita kembangkan pada masa yang akan datang," jelasnya.
Katanya, sasaran itu tidak berjaya dicapai melainkan mendapat sokongan daripada semua warga sukan negeri Terengganu termasuk kepimpinan sukan dan atlet-atlet dari kalangan rakyat negeri Terengganu sendiri.
Hishamuddin berkata demikian ketika berucap di Majlis Penutup Temasya Sukan Terengganu (SUTERA) 2019 di Stadium Tertutup Gong Badak, di sini semalam.
Turut hadir,Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli-ahli Parlimen, Pegawai-pegawai Daerah dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ibni Amin Busu.
Beliau yang juga ADUN Tepoh berkata, apa yang perlu dibuat adalah semua pihak perlu berusaha gigih untuk tunduk dan patuh kepada ajaran Allah walaupun berada di dalam gelanggang sukan.
"Saya percaya dan saya yakin kita tidak akan dapat mencapai seratus peratus kesempurnaan, apatah lagi bengkel yang dibentuk untuk memberikan garis panduan patuh syariah ini belum lagi lengkap disiapkan oleh pihak jawatankuasa kita.
"Insya-Allah sedikit masa nanti akan diterbit dan ditampilkan (garis panduan tersebut) kepada semua berdasarkan kepada nasihat Sahibus Samahah Dato' Mufti Negeri Terengganu yang terlibat sama dalam bengkel yang kita adakan tempoh hari," tambahnya.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada beberapa atlet bukan Islam yang terlibat dalam temasya sukan tersebut.
"Mereka telah menampilkan imej yang sopan, dalam masa yang sama mereka juga berusaha gigih untuk patuh syariah seperti yang kita terap.
"Bagi atlet yang belum lagi bersedia, marilah kita sama-sama bergerak dan mengatur langkah bagi memulakan perubahan dengan meletakkan tanggungjawab kita kepada Allah mengatasi segala-galanya walaupun untuk kita meraih emas dan seumpamanya," ujarnya lagi.
KUALA NERUS, 10 September - Kerajaan negeri sedang berusaha untuk mendapatkan maklumat prestasi atlet Sukan Terengganu (SUTERA) 2019 termasuk mengenal pasti kejayaan mereka memecah rekod sukan di mana-mana peringkat.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kerajaan negeri sedang mengumpul maklumat mengenai prestasi tersebut dan perkara ini akan diketahui sedikit masa lagi.
Beliau berkata demikian ketika bercakap kepada media selepas merasmikan Majlis Penutup Temasya SUTERA 2019 di Stadium Tertutup Gong Badak di sini semalam.
Turut hadir, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ibni Amin Busu.
Sementara itu, dalam satu kenyataan media, MSNT merekodkan sebanyak 312 pingat berjaya dirangkul atlet SUTERA kali ini termasuk masing-masing 96 Emas dan Perak serta 120 Gangsa selepas penutupan temasya itu semalam.
Dari jumlah itu, kontinjen Kuala Terengganu memperolehi 67 pingat termasuk 34 Emas, 15 Perak dan 18 Gangsa sekali gus muncul Juara Keseluruhan kejohanan itu.
Kuala Nerus pula mengondol 57 pingat termasuk 19 Emas, 17 Perak dan 21 Gangsa, meletakkan kontinjen itu sebagai Naib Juara Keseluruhan.
Sementara Dungun mengutip 41 pingat termasuk 11 Emas, 16 Perak dan 14 Gangsa meletakkan kontinjen itu di tempat ketiga.
SUMBER: teganukita.net
![]() |
Gimik penyerahan baton dijayakan oleh atlet-atlet kelahiran Terengganu yang berjaya di peringkat antarabangsa. |
Kuala Nerus mengungguli pungutan pingat hari kedua temasya SUTERA 2019 dengan memenangi 5 Emas 4 Perak 3 Gangsa.
2 emas daripada Lawn Bowls, 1 masing-masing daripada Olahraga, Berbasikal dan Tenpin Bowling menjadikan keseluruhan 5 Emas 4 Perak 3 Gangsa.
Pembukaan rasmi SUTERA 2019 akan diadakan pada 6hb September 2019 oleh YB Wan Sukairi Wan Abdullah, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu di Mini Stadium MSNT bermula jam 8:45 malam.
Acara-acara akhir 6hb September 2019 :
Dungun memenangi pingat emas pertama SUTERA 2019 melalui atletnya Kee Zhe Yie yang memenangi emas acara Ujian Masa Perseorangan Lelaki di Komplek Usahawan Terengganu sebentar tadi. Acara Ujian Masa Perseorangan Wanita pula dimenangi oleh atlet Marang, Siti Nur Adibah.
Keputusan Penuh : | ||
---|---|---|
Ujian Masa Perseorangan Lelaki |
||
1 | . Kee Zhe Yie | - Dungun |
2 | . Muhammad Shahmir Aiman | - Kuala Terengganu |
3 | . Mohammad Afiq Iskandar | - Setiu |
Ujian Masa Perseorangan Wanita |
||
1 | . Siti Nur Adibah Akma | - Marang |
2 | . Ezzatie Fifiyana | - Kuala Terengganu |
3 | . Siti Nur Alia Mansor | - Kuala Nerus |
Bermula 5hb hingga 9hb September 2019, SUTERA 2019 akan berlangsung di venue-venue sekitar Komplek Sukan Gong Badak, Kuala Nerus.
Sukan dan Venue yang dipertandingkan : | |||
---|---|---|---|
1 | Badminton | 5 - 7 September 2019 | Stadium Negeri, K Trg |
2 | Berbasikal | 5 - 9 September 2019 | Komplek Sukan Neg Trg |
3 | Bola Jaring | 6 – 9 September 2019 | Komplek Sukan Neg Trg |
4 | Bola Sepak | 5 – 9 September 2019 | Komplek Sukan Neg Trg |
5 | Olahraga | 6 – 8 September 2019 | Stadium Olahraga UMT |
6 | Pencak Silat | 5 – 9 September 2019 | Gerbang Sukan MSNT |
7 | Sepak Takraw | 5 – 8 September 2019 | Dewan Serbaguna MSNT |
8 | Bola Tampar | 5 – 7 September 2019 | Dewan Bola Tampar UMT |
9 | Lawn Bowls | 5 – 9 September 2019 | Komplek Sukan Neg Trg |
10 | Petanque | 5 – 9 September 2019 | Gelanggang Petanque MSNT |
11 | Ping Pong | 6 – 7 September 2019 | Dewan Serbaguna Tok Jembal |
12 | Tenis | 7 – 8 September 2019 | Komplek Tenis MBKT |
13 | Tenpin Bowling | 5 – 9 September 2019 | Coral Crown Bowl (CCB), K Trg |
Acara-acara akhir 5hb September 2019 | ||
---|---|---|
Berbasikal | Ujian Masa Perseorangan (Lelaki) | Komplek Usahawan Terengganu |
Berbasikal | Ujian Masa Perseorangan (Wanita) | Komplek Usahawan Terengganu |
Petanque | Shooting Lelaki | Gelanggang Petanque MSNT | Bola Sepak | Shooting Wanita | Gelanggang Petanque MSNT |
Kejohanan Judo Remaja Kebangsaan edisi ke 24 yang dilangsungkan di Kompleks Sukan Negeri Terengganu pada 17 dan 18 Ogos 2019 menyaksikan Kontinjen Terengganu beraksi cemerlang apabila menggondol piala Juara Keseluruhan yang disumbangkan YB. Ustaz Ariffin bin Deraman, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri Terengganu yang merupakan penaung kepada Persatuan Judo Negeri Terengganu (TEJA). Peluang bertanding di laman sendiri ternyata dimanfaat sepenuhnya atlet Terengganu dengan mempamerkan prestasi terpuji sehingga tidak mampu digugat oleh mana-mana pasukan yang bertanding.
Dengan dibarisi 54 atlet, Terengganu berjaya membawa pulang 52 pingat keseluruhan iaitu 22 pingat Emas selain 12 Perak dan 18 Gangsa meninggalkan jauh pasukan-pasukan lain di belakang. Pesaing terdekat, P.Pinang mendapat 14 Emas, 14 Perak, 1 Gangsa manakala Sek. Sukan Tunku Mahkota Ismail memperoleh 8 Emas, 9 Perak, 4 Gangsa.
Pingat Emas Terengganu bagi kategori B21 disumbangkan oleh Muhammad Syameer, Muhammad Izham, Muhammad Nur Muizuddin, Fakhrul Adam, Alyaa Yasmeen dan Nur Ain Hafieza.
Ali Tengah selaku pengurus pasukan ketika dihubungi berkata, atlet Terengganu berada dalam prestasi terbaik melalui persiapan rapi yang dilakukan oleh barisan jurulatih yang diberi tanggungjawab, diketuai oleh Marjan Abdullah.
“Terima kasih dan tahniah saya ucapkan kepada semua atlet yang telah berjuang bermati-matian sehingga berjaya meletakkan nama Terengganu di tahap yang tertinggi dan merebut piala Juara Keseluruhan kejohanan ini. Namun begitu, kita tidak harus leka malah menjadikan kejayaan ini sebagai pembakar semangat untuk melipatgandakan usaha supaya mencapai prestasi terbaik di SUKMA Johor 2020 nanti”.
Kejohanan yang disertai oleh 319 atlet daripada 11 pasukan pada kali ini mempertandingkan 4 kategori umur iaitu B21, B17, B14 dan B12 tahun. Terengganu muncul juara 3 kategori manakala bagi kategori B12 tahun yang disertai oleh 3 atlet negeri, atlet Terengganu mendapat 1 Emas dan 1 Gangsa dengan menghuni tangga ketiga bagi kategori tersebut.
Sementara itu Presiden TEJA, Wan Mohd Hamidi Wan Harun ketika mengulas pencapaian pasukan, ternyata bangga dengan prestasi yang dipamerkan atlet negeri. Beliau bersyukur kerana penganjuran kali ini berjaya dikelola dengan baik tanpa sebarang masalah. Beliau turut mengucapkan berbanyak terima kasih terutama kepada YB. Ustaz Ariffin bin Deraman, Majlis Sukan Negeri Terengganu, Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu dan Majlis Sukan Negara Malaysia yang memberikan bantuan material serta khidmat nasihat penganjuran.
“Setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak yang terlibat termasuklah penaja, pengamal media serta pengurusan KSNT yang sangat banyak membantu menjayakan kejohanan ini”, kata beliau.
Sumber : MOHD NOOR YUSOF